ARTIKEL

Belanjawan 2025: RM2 juta diluluskan tangani hakisan tebing Sungai Rajang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak RM2 juta peruntukan diluluskan bagi kerja-kerja menangani permasalahan hakisan tebing Sungai Rajang berdekatan rumah panjang Robert, Nanga Sebatu di Kapit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah peruntukan itu diumumkan semasa beliau mengadakan lawatan kerja di Kapit, baru-baru ini.

“Lawatan itu juga bertujuan meninjau kemajuan beberapa projek pembangunan termasuk Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kapit dan jalan raya,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tambah beliau, semasa mengadakan lawatan tersebut, beliau turut terharu saat disapa seorang ibu dari desa berhampiran yang menghadiahkan sehelai vest dibuat daripada manik dan ditenun sendiri.

Katanya, ketua masyarakat Iban di rumah panjang tersebut turut menyerahkan pakaian tradisional yang menjadi kebanggaan rakyat di negeri berkenaan.

Berhubung Belanjawan 2025, Anwar berkata Malaysia kini berada di persimpangan penting meskipun ekonomi dunia berdepan cabaran yang terus mengasak tanpa henti.

Namun katanya, dengan dasar serta strategi yang digerakkan, Malaysia berjaya menarik beberapa pelaburan besar yang strategik dan menjamin kemakmuran berpanjangan kepada negara.

“Melalui belanjawan kali ini, kita akan memberi lebih penekanan usaha pemulihan ekonomi, menguasai aspek inovasi, selain memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama.

“Dengan tumpuan tersebut maka ia secara tidak langsung memperkukuh iltizam negara dalam membina serta membangun masa depan hijau, digital dan berdaya tahan supaya tidak ada rakyat yang terpinggir dalam usaha mencapai status negara berpendapatan tinggi,” ujarnya.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan