ARTIKEL

Belanjawan 2027 diharap ringankan beban rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peluang pekerjaan lebih luas, bantuan lebih bersasar serta pembangunan infrastruktur asas antara harapan rakyat Sarawak menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada 10 Oktober ini.

Bagi Akmal Ariffin, 28, golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan perlu diberi perhatian susulan persaingan mendapatkan pekerjaan dan peningkatan kos sara hidup.

Akmal Ariffin

Peluang pekerjaan perlu diperbanyakkan, selain meningkatkan pembangunan infrastruktur asas seperti bekalan air di kawasan perkampungan dan pinggir bandar.

Sementara itu, Iqhwan Hamdan, 22, berharap bantuan dan subsidi disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, termasuk keluarga berpendapatan rendah, pekerja sendiri dan mereka yang berdepan tekanan kos sara hidup.

Iqhwan Hamdan

Menurutnya, anak muda juga memerlukan peluang pekerjaan dengan pendapatan setimpal kemahiran bagi membantu mereka membina kehidupan lebih stabil.

Bagi Mazlan Rosli, 39, Belanjawan 2027 perlu memberi tumpuan kepada pewujudan pekerjaan berkualiti serta memperluas program peningkatan kemahiran bagi memenuhi keperluan industri.

Mazlan Rosli

Katanya, pembangunan jalan raya, bekalan air bersih, elektrik, internet dan pengangkutan perlu dipertingkatkan secara seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar supaya manfaat pembangunan dapat dirasai lebih menyeluruh.

Sementara itu, Muhd Iqram berharap kemudahan asas terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman terus menjadi keutamaan, selain peruntukan yang dapat membantu mengurangkan beban kos pengangkutan dan keperluan harian rakyat.

Muhd Iqram

BERITA LAIN

BERITA TERBARU