ARTIKEL

Datuk Sim Kiang Chiok.

Belanjawan 2027: PMKS perlu insentif, geran automasi dan pendigitalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memerlukan sokongan bersasar untuk meningkatkan produktiviti supaya kenaikan gaji pekerja tidak menjejaskan kelangsungan perniagaan, kata Datuk Sim Kiang Chiok.

Ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat itu berkata, dasar peningkatan gaji perlu disokong insentif berkaitan produktiviti, geran automasi, pendigitalan, latihan teknikal dan akses pembiayaan yang lebih mudah supaya perniagaan kecil mampu menampung peningkatan kos operasi.

Menurutnya, walaupun pengurangan kadar cukai PMKS kepada 14 peratus untuk RM150,000 pertama pendapatan bercukai dan 16 peratus untuk RM450,000 berikutnya dialu-alukan, banyak perniagaan kecil masih berdepan tekanan kos yang ketara.

“Persoalan utama ialah bagaimana kita boleh meningkatkan gaji secara mampan tanpa peningkatan produktiviti yang sepadan?

“Jika gaji meningkat lebih pantas berbanding produktiviti, perniagaan mungkin berdepan kos operasi lebih tinggi, yang akhirnya boleh menyebabkan kenaikan harga, pengurangan pengambilan pekerja atau peluang pekerjaan yang lebih sedikit,” katanya berhubung Belanjawan 2027.

Beliau turut menyifatkan pengecualian PMKS yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM50 juta daripada keperluan gaji minimum baharu RM2,000 sebagai langkah praktikal yang memberi lebih masa kepada perniagaan untuk menyesuaikan operasi.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu melengkapkan dasar gaji dengan langkah yang membantu majikan meningkatkan kecekapan operasi dan keupayaan kewangan, bukan sekadar membebankan mereka dengan peningkatan kos.

Sim berkata, perniagaan kecil juga berisiko menghadapi kesukaran mendapatkan dan mengekalkan pekerja apabila terpaksa bersaing dengan syarikat lebih besar yang mampu menawarkan gaji serta faedah lebih baik.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan memperkenalkan insentif kenaikan gaji berasaskan produktiviti, selain memperluas bantuan automasi, pendigitalan, latihan teknikal dan pembiayaan kepada PMKS.

“Matlamatnya adalah untuk membantu PMKS menjadi lebih produktif, berdaya saing dan berupaya membayar gaji lebih baik, bukannya sekadar memindahkan peningkatan kos kepada majikan,” katanya.

Beliau berkata, kelangsungan PMKS penting bagi memastikan sektor swasta terus berkembang, menyediakan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif.

Menurutnya, belanjawan yang baik bukan sahaja perlu memberikan bantuan segera kepada rakyat, malah perlu mewujudkan persekitaran yang membolehkan perniagaan berkembang dan pekerja memperoleh pendapatan lebih baik.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU