ARTIKEL

Ketua Percukaian PwC Malaysia, Steve Chia

Belanjawan 2027 salur semula penjimatan kepada rakyat dan perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: PwC Malaysia menjangka Belanjawan 2027 menyalurkan semula penjimatan kepada rakyat dan perniagaan sambil mengekalkan disiplin fiskal.

Ketua Percukaiannya, Steve Chia, berkata hasil tambahan akan membantu membiayai pengurangan cukai walaupun subsidi bahan api kekal tinggi pada RM40 bilion.

Beliau menyatakan perolehan Kerajaan Persekutuan 2026 diunjurkan RM363.6 bilion, iaitu RM20.5 bilion lebih tinggi daripada anggaran asal RM343.1 bilion.

Chia menyifatkan insentif Hab Perkhidmatan Global yang dipertingkat, dengan kadar cukai khas lima peratus sehingga 30 tahun, sebagai langkah paling menonjol seperti dilapor Bernama.

Wong & Partners pula menyifatkan belanjawan itu menggalakkan pelaburan dan produktiviti, termasuk tuntutan semula cukai jualan oleh pengilang bagi jentera dan peralatan.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU