ARTIKEL

Beli Tiket Loteri Haram, Wanita 28 Tahun Terima Padah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tiga bulan terhadap seorang wanita atas kesalahan membeli tiket loteri awam tanpa lesen.

Ee Ling, 28, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Ee Ling didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah kedai teh di Jalan Kuching-Serian sekitar jam 4.00 petang pada 9 Julai lalu.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan melakukan serbuan di sebuah kedai teh dan menahan tertuduh yang dipercayai menjalankan aktiviti penjualan loteri awam tanpa lesen.

Pihak polis turut merampas telefon bimbit, wang tunai dan sekeping kertas bertulis angka-angka yang dipercayai berkaitan loteri awam tanpa lesen.

Hasil siasatan mendapati laporan pakar judi mengesahkan barang kes yang dirampas adalah loteri awam tanpa lesen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU