SERAMAI 25 pelajar Diploma Tahfiz alQuran dan al-Qiraat menjayakan program khidmat masyarakat bertempat di Taman Desa Ilmu Kota Samarahan pada 6 dan 7 Oktober lalu.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti Malam Desa Ilmu Berselawat di Masjid Darul Ulum, gotong royong di kawasan perkuburan Kampung Meranek, menyantuni asnaf dan sumbangan kepada maahad tahfiz.
Program khidmat masyarakat ini merupakan sebahagian daripada tugasan kursus bagi Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat semester lima di bawah kod kursus MPU 2412.
Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara pelajar dan komuniti serta mengaplikasi nilai dakwah dalam setiap aktiviti dan meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar.
Diharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menghidupkan semangat kerjasama dan khidmat bakti dalam masyarakat



