Belia diseru perkasakan diri dengan ilmu hadapi cabaran pasca Covid

BINTULU: Belia di negeri ini digesa untuk terus memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar mampu bersaing dalam menghadapi perubahan arus perdana terutamanya selepas pandemik Covid-19 yang melanda negara kita.

Gesaan itu disuarakan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)Datuk Talib Zulpilip sempena Hari Belia Negara 2021,semalam.

Justeru, beliau berharap golongan terbabit sedia menggalas tanggungjawab bersama komuniti setempat untuk sama-sama menyumbang tenaga dan buah fikiran demi kesejahteraan bersama.

“Ini akan menjadi titik permulaan bagi para belia mempersiapkan diri dengan lebih berdaya saing untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin negeri dan negara suatu hari kelak, ujar Talib yang juga Adun Jepak. .

Beliau juga berharap golongan terlibat akan terus menyerlah sebagai anak muda yang berintegriti, berdisiplin, berdaya saing dan menjadi aset kepada negara.

Pada masa yang sama, Talib mengingatkan mereka termasuk komuniti setempat untuk patuhi prosedur operasi standard (SOP),jaga penjarakan fizikal, diri dan keluarga di bersama-sama membantu usaha kerajaan memerangi serta memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Suara Sarawak