ARTIKEL

AZROZAIN (Kanan) memasak dan menyediakan nasi beriani untuk diagihkan kepada orang ramai.

BELIA PRIHATIN santuni penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEMANGAT gotong-royong dalam kalangan belia terus disemarakkan sepanjang Ramadan apabila ahli Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Balingian berganding bahu menyediakan nasi beriani untuk diagihkan kepada masyarakat setempat.

Program tersebut dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif kebajikan bagi membantu menyediakan juadah berbuka puasa kepada penduduk sekitar, khususnya golongan yang memerlukan.

Melalui program berkenaan,belia Saberkas turun padang menyediakan hidangan nasi beriani secara bergotongroyong.

Menurut Ketua Saberkas Kampung Pulat, Balingian, Mohamad Azrozain Abdul Latip, dalam satu sesi memasak, kirakira 20 kilogram bahan masakan digunakan bagi menghasilkan hidangan nasi beriani.

“Daripada jumlah tersebut, kira-kira 250 bungkus nasi beriani berjaya disediakan untuk diagihkan kepada masyarakat sebagai juadah berbuka puasa,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Dedahnya, mereka mula bergotong-royong pada jam 8.00 pagi supaya nasi beriani tersebut dapat diagihkan kepada orang ramai sebelum waktu berbuka puasa.

Azrozain turut menzahirkan penghargaan kepada belia yang terlibat kerana bekerjasama untuk menjayakan program tersebut.

“Alhamdulillah, mereka yang terlibat sangat membantu dan memudahkan kerja-kerja penyediaan dari awal hingga makanan itu diagihkan.

“Antara tugasan yang dilaksanakan termasuk menyediakan bahan masakan, memasak nasi beriani, menyediakan lauk, membungkus makanan serta mengagihkannya kepada penerima.

“Kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka sepanjang program ini mencerminkan semangat kebersamaan yang tinggi,” katanya lagi.

Sepanjang program berlangsung, para sukarelawan bekerjasama dalam pelbagai tugasan bagi memastikan proses penyediaan makanan berjalan lancar.

Amalan bergotong-royong dalam program tersebut bukan sahaja mempercepat proses penyediaan makanan, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara belia. Melalui aktiviti ini, para belia berpeluang mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

“Program seumpama ini sangat penting untuk memastikan belia terus aktif melibatkan diri dalam kegiatan yang bermanfaat, khususnya di Daerah Kecil Balingian.

“Pelibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini juga mampu membentuk jati diri belia yang lebih prihatin terhadap keperluan masyarakat.

“Selain itu, program ini turut memberi ruang kepada mereka untuk mempelajari nilai murni seperti bekerjasama, saling membantu dan berkongsi rezeki,” ujarnya.

BERITA LAIN

Pencapaian penulis PUTERA

DALAM konteks perkembangan sastera di Sarawak, Hadiah Sastera Sarawak (HSS) memainkan peranan penting sebagai wadah pengiktirafan terhadap ketekunan, kreativiti dan sumbangan para penulis tempatan. Sebelum

Teknologi rapat jurang kaunseling

DUNIA sedang berubah. Cara manusia bekerja, berkomunikasi dan mendapatkan maklumat turut berubah. Tanpa kita sedari, cara manusia mendapatkan sokongan emosi juga sedang berubah. Telefon pintar,

BERITA TERBARU