ARTIKEL

Ahmad Maslan bercakap kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Belia Sarawak Digalak Sertai Kursus ABM, Catat 100 Peratus Kebolehpasaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Golongan belia khususnya di Sarawak digalakkan untuk menyertai kursus kemahiran yang ditawarkan oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM) kerana mencatatkan 100 peratus kadar kebolehpasaran.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan peluang terbaik terutama kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak melanjutkan pengajian ke universiti.

“Saya sarankan lepasan SPM yang tidak menyambung pelajaran di peringkat universiti supaya tidak terus bekerja, sebaliknya mendapatkan kemahiran terlebih dahulu.

“Jika mempunyai kemahiran tinggi, mereka akan berpeluang memperoleh gaji lebih tinggi, sekali gus menjamin pendapatan masa depan yang lebih baik.

“Malah Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis TVET, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dalam mesyuarat turut mengesahkan semua lulusan ABM di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) mendapat pekerjaan sebaik tamat latihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), di sini, semalam.

Tambahnya, sektor pembinaan kekal berkembang pesat seiring pembangunan berterusan melibatkan pembinaan jalan raya, jambatan dan bangunan yang memerlukan tenaga kerja mahir secara konsisten.

“Saya menyeru anak-anak muda Sarawak untuk mencari kemahiran dan kebolehpasaran tersebut membuktikan keperluan tinggi industri pembinaan terhadap tenaga kerja mahir.

“Usaha melahirkan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi juga penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dalam sektor pembinaan.

“Pada masa hadapan, kita mahu melihat lebih ramai rakyat tempatan terlibat dalam kerja pembinaan dengan syarat mereka mempunyai kemahiran dan menerima gaji yang tinggi,” ujarnya.

Mengulas mengenai prestasi projek di seluruh negara, beliau berkata hanya 4.1 peratus atau 35 daripada 855 projek dikenal pasti sebagai projek sakit.

“Situasi itu dianggap terpencil dan kira-kira 75 peratus projek sakit disebabkan masalah kontraktor.

“Ia terutama melibatkan masalah kewangan dan pengurusan projek termasuk tenaga kerja, bahan binaan serta penjadualan,” katanya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU