ARTIKEL

Foto: Universal Music Malaysia

Bella Astillah & Ade Govinda bersatu dalam ‘Lebih Indah Berpisah’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon popular Bella Astillah tampil dengan single terbaharu berjudul Lebih Indah Berpisah, hasil kolaborasi dengan komposer terkenal dari Indonesia, Ade Govinda.

Bella berkata lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ade itu, mengangkat tema keberanian melepaskan cinta yang tidak lagi dihargai demi membuka lembaran hidup lebih bermakna.

“Ia mengisahkan seseorang yang berani berpisah apabila cintanya tidak lagi dihargai, mesejnya jelas bahawa perpisahan bukan kegagalan, sebaliknya satu langkah berani menuju kehidupan lebih indah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universal Music Malaysia baru–baru ini.

Pemilihan judul lagu tersebut juga dibuat secara sepakat bersama-sama komposer itu bagi menonjolkan sisi positif perpisahan, dengan perkataan “indah” dipilih sebagai teras utama.

Beliau menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan Ade serta pasukannya sebagai satu kenangan yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan serta berharap lagu itu diterima baik di Malaysia dan Indonesia.

“Mereka sangat menghormati masa, bakat dan orang lain tanpa memandang siapa kita, selain, mereka layan semua orang dengan penuh hormat serta profesionalisme.

Sewaktu proses rakaman, suasana di studio sangat positif dan penuh sokongan. Ini menjadikan pengalaman rakaman bebas tekanan,” katanya.

Lagu Lebih Indah Berpisah boleh didengar di semua platform digital, manakala video muzik rasminya dapat ditonton di YouTube. — Bernama

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha