ARTIKEL

Bella Astillah raih pengiktirafan nasional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KECEKALAN dan kesabaran Bella Astillah dalam meneruskan kerjaya seni sebagai ibu tunggal akhirnya membuahkan hasil apabila beliau diumumkan sebagai salah seorang penerima AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards pada Rabu lalu.

Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata beliau tidak menyangka sama sekali namanya tersenarai bersama penerima lain yang dianggapnya jauh lebih hebat

. “Saya sangat berbesar hati menerima anugerah ini. Saya benar-benar tidak menduga.

Mereka kata ini adalah untuk apa yang saya sudah capai selama ini,” katanya.

Tambah pemilik dua cahaya mata itu, beliau pada mulanya menganggap berita tersebut sebagai penipuan kerana melihat senarai nama besar lain.

“Saya lihat ada nama-nama besar dan semuanya hebat-hebat.

Saya semak e-mel banyak kali dan tanya label saya, Universal Music Malaysia, betul atau tidak,” tambahnya. Bella berkata sebagai wanita yang juga mewakili ramai ibu tunggal, beliau sentiasa mahu memberikan yang terbaik.

“Sebagai seorang wanita, kita mesti beri yang terbaik, terutama apabila mewakili ibu tunggal di luar sana.

Lakukan yang terbaik dan berserah, kesabaran itu, insya-Allah, akan membawa kebahagiaan,” jelas Bella. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ibunya.

“Mama seorang wanita yang kuat, rajin dan baik hati. Anugerah ini untukmu, Mama,” katanya sambil mengakui masih banyak ruang yang mahu diperbaiki dalam dirinya.

AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards dianjurkan oleh Top 50 Media Synergy Sdn Bhd dengan kerjasama strategik AFFIN INVIKTA serta disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Program berprestij di peringkat nasional itu mengiktiraf 50 wanita cemerlang dalam pelbagai sektor termasuk kewangan, sains, keusahawanan, pendidikan, perkhidmatan awam dan seni.

Pengiktirafan itu bertujuan menghargai individu berimpak tinggi yang menyumbang kepada kemajuan negara serta mengangkat reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa. Antara penerima lain ialah Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh, ikon seni Datuk Sheila Majid dan atlet terjun negara Datuk Pandelela Rinong

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU