ARTIKEL

Belum menang rasmi Presiden Indonesia, Prabowo terima ucapan tahniah 13 pemimpin dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Jakarta: Belum diisytiharkan rasmi menang Pemilihan Presiden Indonesia (Pilpres) 2024, Prabowo Subianto sudah menerima ucapan tahniah daripada 13 pemimpin negara luar.

Antara pemimpin yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Prabowo ialah Perdana Menteri (PM) Australia Anthony Albanese,Timbalan PM Australia Richard Marles, PM Singapura Lee Hsien Loong dan PM Malaysia Anwar Ibrahim.

Pemimpin lain yang mengucapkan tahniah atas kemenangan Prabowo berdasarkan kiraan pantas ialah Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe, PM Albania Edi Rama, Presiden Timor Leste José Ramos-Horta, Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dan mantan PM Thailand Thaksin Shinawatra.

Turut menyampaikan ucapan tahniah ialah mantan PM Britain Tony Blair, Menteri Luar Turki Hakan Fidan, dan Presiden Nikaragua Daniel Ortega.

Para pemimpin mengucapkan selamat kepada Prabowo melalui telefon, e-mel dan media sosial.

Hasil kiraan sebenar perolehan undi Prabowo-Gibran di KPU pada Khamis 22 Februari ialah 58.91 peratus.

Sementara, Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar mendapat 24.09 peratus dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD mendapat 17.01 peratus.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha