PENYANYI, Ben Ladin meluahkan kemarahannya apabila mendapat tahu adik-beradiknya tidak dihantar ke sekolah.
Menerusi satu hantaran di Instagram, penyanyi itu mendakwa bahawa beliau tidak pernah menuntut kenderaannya kerana beranggapan ia dapat memudahkan urusan pengangkutan adikadiknya ke sekolah.
Pun begitu, pihak yang bertanggungjawab menghantar mereka ke sekolah tidak menjalankan tanggungjawab tersebut.
“Kereta aku tak pernah tuntut sebelum ini fi kir adik-adik nak sekolah.
“Sampai hari ini aku dapat tahu adik aku tak sekolah.
Seorang dah 12 tahun seorang dah lapan tahun,” katanya melalui satu hantaran di Instagram.
Sementara itu, penyanyi itu mendedahkan bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab itu juga melakukan penipuan lebih ratusan ribu ringgit.
“Tipu duit orang sampai beratus ribu.
Adik aku tak sekolah.
Belanja mewah boleh. Cukai jalan kereta mati! Saman melambak! Kereta hancur!” ujarnya.



