ARTIKEL

Benarkan sektor kesihatan swasta beli, suntik vaksin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar menimbang untuk membenarkan kemudahan kesihatan swasta membeli dan melaksanakan suntikan vaksin COVID-19 ke atas mereka yang mampu membayar kos itu bagi mempercepatkan pencapaian sasaran 80 peratus penduduk Malaysia menerima imunisasi COVID-19.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata tempoh menunggu yang lama bagi golongan tidak berisiko tinggi dan kewujudan kumpulan antivaksin serta pengkritik, selain kelelahan masyarakat akibat terlalu lama mengharungi pandemik ini, boleh mencetuskan keraguan terhadap kemampuan memberi imunisasi kepada 9.4 juta penduduk hingga Ogos depan.

“Isu ini mesti ditangani secara berkesan dan berterusan oleh kerajaan. Untuk itu, Jawatankuasa Penasihat Bebas Vaksinasi COVID-19 wajar mendapatkan bantuan dan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan masyarakat serta pertubuhan agama, selain memulakan kempen menghebahkan pesanan dalam pelbagai bahasa, bagi menangani ketakutan tidak berasas dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan masyarakat mengambil serius amaran Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai kemungkinan kes COVID-19 kembali meningkat.

“Kenyataan beliau berdasarkan kadar kebolehjangkitan (Rt) dalam tempoh tiga hari lalu yang meningkat kepada 1.0, tertinggi sejak awal bulan ini.

“Malaysia kini di kedudukan ke-45 daripada 216 negara disenaraikan sebagai terjejas oleh jangkitan COVID-19. Dunia sekarang dilanda gelombang ketiga jangkitan itu yang bermula pada September tahun lalu dan gelombang ini dijangka lebih buruk berbanding dua gelombang terdahulu,” katanya.

Sehubungan itu, Lam Thye menggesa masyarakat tidak alpa dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP), apatah lagi ketika kerajaan sudah memberi kelonggaran kepada beberapa sekatan dikuatkuasakan sebelum ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU