ARTIKEL

Bengkel Minda Hebat tingkatkan keupayaan pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEMBIRA…Para peserta teruja menyertai program bengkel minda hebat

KUCHING: Seramai 117 pelajar tingkatan lima menyertai program ‘Bengkel Minda Hebat’ oleh Persatuan Prihatin Pembangunan Insan Kuching di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Matang, hari ini.

Penyelia program merangkap wakil penceramah dari Persatuan Prihatin Pembangunan Insan Kuching Maliah Adenan berkata, bengkel bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap keupayaan minda, serta mengupas punca-punca belum berjaya dalam kehidupan.

Tambahnya, program turut memberi fokus kepada pembentukan ciri-ciri pelajar berminda hebat dan ikon yang perlu dijadikan teladan.

“Bagi peranan persekitaran, ibu bapa memainkan peranan cukup penting dalam menyokong pembangunan minda para pelajar.

“Hal ini kerana, penggunaan perkataan serta kaedah pengucapan dan nada memberi kesan secara tidak langsung kepada anak-anak yang mendengarnya,” katanya.

Maliah menambah, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan positif bagi membina pemikiran dan emosi positif terhadap anak-anak.

Jelasnya, pembentukan emosi dan pemikiran yang baik mampu menjana tenaga dan aura positif dalam diri seseorang.

“Menerusi bengkel ini, para pelajar turut dilatih dengan teknik mengurus minda dengan lebih efektif yang turut menyumbang kepada perubahan sikap,” katanya ringkas.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan