ARTIKEL

Bengkel TOT PDMK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADA 15 Ogos lalu, Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK) menganjurkan Bengkel ‘Training of Trainers’ (TOT) bertempat di Dewan Perpaduan 1, Hotel Merdeka Palace & Suites.

Bengkel ini dihadiri oleh 30 peserta dengan mengikuti SOP ketat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bengkel TOT ini menekankan kepada penjelasan dan pemahaman kepada Kaedah Acara Mal Penentuan Status Agama 2018.

Ini bertujuan membantu kepemimpinan PDMK dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam memahami isu penentuan status agama dan undang-undang berkaitan.

Bengkel setengah hari itu menampilkan Penasihat Syariah PDMK iaitu Yang Arif Abdul Karim Mohd Nuli sebagai Penceramah dan Fasilitator.

Manakala Ustaz Yakub Abdullah ahli JKT PDMK sebagai moderator sesi Diskusi.

Yang Arif Abdul Karim juga merupakan Ketua Pendaftar dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sarawak.

Antara peserta ialah Pengerusi II Perkim Bahagian Sarawak Datin Noraini Hussin Naib.

Selain itu, turut hadir kepemimpinan USK Bandar Baru Samariang, USK Petra Jaya, USK Kota Samarahan dan USK Lundu termasuk rakan strategik PDMK iaitu Hidayah Centre Foundation Sarawak.

BERITA LAIN

ISLAM bawa erti KEAMANAN

Islam membawa erti sejahtera sebagaimana sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Muslim itu ialah mereka yang membuat Muslim lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan tangannya“. (maksud

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat