ARTIKEL

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, jenayah penipuan dalam talian di daerah Mukah turut mencatatkan peningkatan.

Berdasarkan Januari hingga September tahun ini, terdapat 58 kes dengan kerugian sebanyak RM942,722, berbanding tahun lalu — 52 kes dengan jumlah kerugian RM571,795. Ia menunjukkan peningkatan kepada enam kes bersamaan dengan 10.34 peratus dan kerugian yang dialami oleh mangsa juga meningkat sebanyak RM370,926.

Statistik ini menunjukkan laporan yang dibuat oleh mangsa jenayah penipuan dalam talian sahaja. 

Masih ada yang tidak membuat laporan kerana mereka beranggapan bahawa tiada apa-apa kesan kepada mereka dan wang tidak dapat dikembalikan semula. Ia menunjukkan kesedaran jenayah penipuan dalam talian masih rendah dalam kalangan masyarakat di Mukah walaupun terdapat pendedahan yang dikongsi oleh pihak berkuasa. 

PENDEDAHAN DAN KESEDARAN

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan dan bukan kerajaan juga tidak berputus asa untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bahaya jenayah penipuan dalam talian.

Sehubungan itu, jika melihat rekod mangsa, kebanyakan mereka terdiri daripada pesara dan golongan tua.

Golongan ini perlu didedahkan dengan lebih mendalam tentang penipuan dalam talian kerana mudah dijadikan sasaran.

Antara punca golongan ini sering menjadi mangsa kerana mereka mudah mempercayai iklan yang diuar-uarkan melalui media sosial terutama Faceb Disebabkan golongan ini lebih aktif di Facebook, si penipu berusaha menarik minat mereka supaya mempercayai dan akhirnya menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian.

Mungkin ramai yang sedar akan jenayah ini, tetapi disebabkan kata-kata manis dan tawaran pulangan yang dijanjikan menarik menyebabkan masih ramai yang termakan umpan.

Jadi, untuk mengelak golongan ini menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian, kita sebagai anak mestilah sentiasa menasihati mereka untuk tidak mempercayai mana-mana pihak yang meminta maklumat melibatkan privasi seperti akaun bank dan nombor kad pengenalan.

Kita perlu memastikan mereka tidak menekan mana-mana pautan yang tidak berkaitan terutama melibatkan bantuan tertentu.

Mungkin bagi sesetengah golongan tua, pautan tersebut benar kerana mereka tidak didedahkan dengan perkara ini dan mempercayai mereka mendapat bantuan kerajaan.

Walaupun banyak cara mencegah dan mengelak diri daripada menjadi mangsa, tetapi penipuan dalam talian tetap berusaha memastikan kita terjerat. Ini adalah antara salah satu cara untuk mereka mendapatkan wang segera dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti katakata manis atau menakutkan mangsa.

Kita mestilah sentiasa berhati-hati menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian kerana media sosial juga menjadi sarang penipuan.

Oleh itu, dengan kepesatan teknologi ini, pastikan akaun bank dan juga data peribadi tidak didedahkan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan jenayah dalam talian.

BERITA LAIN

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

Peperiksaan medan bina diri

Peperiksaan merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seorang pelajar. Peperiksaan bukan sekadar mengukur sejauh mana seseorang menguasai ilmu yang dipelajari, malah menjadi medan untuk

BERITA TERBARU