ARTIKEL

Screenshot

Benson Boone kecewa dengan penonton Coachella

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI muda Amerika, Benson Boone, mengejutkan penonton dengan membawa gitaris legenda kugiran Queen, Brian May, untuk tampil bersama dalam konsert Coachella tahun ini.

Ketika itu, Boone menyanyikan lagu ikonik Bohemian Rhapsody milik Queen sebelum gitaris kumpulan tersebut, Brian May, muncul di atas pentas, mengejutkan penonton dan menjadi topik perbualan ramai.

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang tidak berpuas hati dengan reaksi penonton di konsert tersebut yang agak hambar, seolaholah tidak mengenali dan menghargai kehadiran gitaris legenda itu.

Setelah konsert, Boone memuat naik satu video di TikTok yang menunjukkan beliau menyanyi sambil menggunakan sebiji pisang sebagai mikrofon, menyanyikan lagu Bohemian Rhapsody.

Video tersebut menunjukkan kekecewaannya terhadap penonton yang tidak memberikan sambutan seperti diharapkan.

“Saya berusaha untuk membuat orang ramai di Coachella memahami betapa legendanya Brian May dan impak budaya yang beliau bawa kepada muzik dan dunia,” tulisnya dalam video tersebut.

Dalam video lain pula, Boone menyanyikan semula lagu ikonik tersebut sambil menarik kadbod yang menyerupai Brian May.

Video tersebut turut mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, yang berpendapat bahawa penonton yang hadir di konsert itu tidak layak menyaksikan persembahan sehebat itu kerana mereka tidak menghargai kehebatan Brian May sebagai seorang legenda muzik dunia.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU