ARTIKEL

Beraksi di Las Vegas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bagi peminat silap mata, nama Adhwa Mahyuddin mungkin agak asing dalam kalangan mereka.

Namun, anak muda berusia 18 tahun dari Kuching itu sudah membuat persembahan silap mata hingga ke Las Vegas, Amerika Syarikat.

Menurut Adhwa, minat terhadap silap mata bermula ketika berusia 12 tahun selepas menyaksikan satu persembahan di Kuala Lumpur.

“Ketika itu saya dijadikan sebagai ‘bahan’ oleh seorang ahli silap mata yang melakukan aksi,” katanya kepada Suara Sarawak.

Selepas peristiwa itu katanya, dia mula belajar mengenai silap mata menerusi Youtube dan buku.

“Keluarga juga tidak membantah saya terlibat dengan silap mata,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sepanjang terlibat dengan silap mata, pencapaian terbaik yang dicapai adalah menjuarai pertandingan di Singapura bersama kumpulannya.

“Selaku juara, kami dipilih untuk bertanding dalam Kejohanan FISM di Mirage Hotel di Las Vegas,” jelasnya.

Adhwa menjelaskan, dia gemar melakukan silap mata berunsur mentalisme atau membaca minda.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU