ARTIKEL

Gambar hiasan

Berang Kalah Main Game, Anak Menangis, Lelaki Tergamak Tumbuk Isteri Di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gara-gara kalah bermain permainan video dalam talian dan berang anak menangis, seorang suami tergamak membelasah isterinya hingga mengalami kecederaan pada muka.

Perbuatan tertuduh berusia 35 tahun itu membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A akta yang sama, di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di kediaman mereka sekitar 11 malam, 20 Mac lepas.

Menurut fakta kes, seminggu selepas kejadian, pengadu membuat laporan polis tentang perbuatan suaminya yang menumbuk mukanya.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan lebam pada bahagian muka.

Tertuduh menumbuk muka mangsa sebanyak dua kali hingga menyebabkan mata kanan mangsa mengalami lebam.

Difahamkan, tertuduh yang menjaga anak mereka ketika isterinya melakukan kerja-kerja rumah, sambil bermain permainan video dalam talian menggunakan telefon pintar, tiba-tiba naik angin selepas dia kalah.

Tertuduh semakin berang apabila anak yang dijaganya mula menangis.

Dia kemudian terus memukul isterinya dengan alasan mangsa terlalu lambat menghabiskan kerja-kerja rumah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurshafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU