Trending

BERANI VAKSIN ANAK?

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

»Beberapa tahun lepas, hampir seluruh negara digemparkan dengan wabak Covid-19 yang meragut banyak nyawa serta meninggalkan kesan ekonomi hingga kini.

Ketika menyaksikan pertambahan kes kematian akibat wabak tersebut, banyak negara mewajibkan rakyatnya mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah wabak tersebut.

Malangnya, ada sesetengah golongan yang menolak untuk mendapatkan suntikan vaksin kerana terpengaruh dengan agenda serta teori konspirasi yang timbul daripada sesetengah pihak.

Namun, Malaysia bernasib baik kerana kadar peratusan masyarakat yang mendapatkan suntikan vaksin melebihi jumlah sasaran.

Malaysia dikategorikan sebagai negara yang masih beruntung kerana ramai rakatnya memahami kebaikan vaksin walaupun ada yang menentangnya.

PERLINDUNGAN DIRI DAN ORANG LAIN

Untuk pengetahuan umum, adalah penting bagi semua lapisan masyarakat mempelajari dengan lebih mendalam tentang vaksin serta memastikan diri serta orang di sekeliling terutama kanak-kanak dilindungi. Idea serta teori vaksin mula dicetus suatu ketika dahulu oleh saintis — Muhammad Ibnu Zakaria al-Razi, kemudian ditambah baik oleh Lady Mary Wortley Montague.

Malangnya, ada sesetengah golongan masyarakat yang menentang vaksin dengan mengatakan serta menyebarkan perkara yang tidak benar atau mitos kesan vaksin. Golongan ini selalunya dinamakan sebagai antivaks.

Sesetengah mereka (antivaks) mengatakan vaksin datang daripada kumpulan tertentu serta mengandungi bahan berbahaya di dalamnya. Hal ini kerana tidak faham cara vaksin itu berfungsi atau mungkin mereka mempunyai pendapat peribadi.

Penting untuk kita mengetahui bahawa vaksin merupakan ikhtiar perubatan semata-mata untuk tujuan kesihatan. Sesetengah tempat seperti di Jepun, terdapat kumpulan yang cuba menghalang orang lain daripada mendapatkan vaksin kerana mereka percaya vaksin memudaratkan dan menjadi punca autisme.

Sehubungan itu, buku ini memberi sedikit pendedahan serta kesedaran kepada orang ramai terutama golongan antivaks tentang manfaat yang diperoleh apabila mendapatkan suntikan vaksin.

KEPENTINGAN VAKSIN

Vaksin sebenarnya sangat penting bagi mencegah penyakit seperti campak, beguk dan rubella.

Selain itu, vaksin juga amat penting bagi meningkatkan tahap imunisasi terutamanya bayi.

Terdapat beberapa vaksin yang menggunakan sel daripada bayi atau haiwan, seperti vaksin rubella dan polio, tetapi vaksin ini penting untuk melindungi kita daripada penyakit.

Penulis turut menggalakkan masyarakat untuk berasa lebih bersyukur kerana bayi baru lahir mendapatkan vaksin percuma bagi memastikan mereka kekal sihat serta mampu melawan penyakit.

Penting untuk kita mengetahui sebenarnya vaksin adalah selamat dan tidak mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri. Mungkin ada sesetengah vaksin mengandungi merkuri, tetapi ia dalam bentuk yang lebih selamat.

Di samping itu, vaksin juga dikatakan mempunyai bahan yang dipanggil aluminium, tetapi ia tidak sama dengan logam berbahaya kerana ia sebenarnya membantu menjadikan vaksin berfungsi dengan lebih berkesan. Para saintis dan pakar mengkaji vaksin dan mendapati ia selamat, malah para pemimpin agama juga mengatakan bahawa vaksin penting untuk melindungi kita daripada segala bahaya.

Justeru, buku ini sesuai dibaca oleh orang ramai sebagai panduan dan membezakan maklumat palsu di media sosial tentang vaksin. Ini kerana, sesetengah pihak yang menentang vaksin mudah menakutkan masyarakat terutamanya ibu bapa sehingga mereka memilih untuk tidak mendapatkan vaksin.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Memilih diam

BUKU berjudul pendiam ini merupakan buku motivasi kepada pembaca yang

Jadi lebih baik

TAJUK: MENCARI MAKNA HIDUP PENERBIT: PTS MILLENNIA SDN. BHD. PENULIS:

Amukan Prebet Adam

BUKU bertajuk Konfesi Prebet Adam yang ditulis oleh Syahril A.

Perjalanan dunia koma

BERSEDIAKAH kita pergi ‘sebelum waktunya? Apakah kita cukup bersedia meninggalkan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru