ARTIKEL

BERCAKAP… Brendon bercakap kepada pemberita selepas sidang media sempena acara Eksport Beras Istimewa Sarawak ke Singapura dan MOA antara Antares Ventures dengan WWF Malaysia di Antares Ventures Sdn Bhd di Jalan Batu Kitang, di sini, hari ini. P2: RAKAMAN KENANGAN… Brendon (tiga kanan), Jason (dua kiri) dan Kenny (tiga kiri); serta wakil yang lain merakam gambar kenangan bersama-sama di kontena penghantaran beras istimewa Sarawak ke Singapura.

Beras istimewa Sarawak dieksport ke Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Antares Ventures Sdn Bhd terus melakar kejayaan menjadi pelopor pasaran eksport beras istimewa Sarawak ke Singapura dengan penghantaran kira-kira lapan tan beras kali ini.

Pengarah Urusan Antares Ventures Sdn Bhd, Brendan Kon berkata, penghantaran itu juga merupakan tempahan tertinggi dari Singapura.

RAKAMAN KENANGAN… Brendon (tiga kanan), Jason (dua kiri) dan Kenny (tiga kiri); serta wakil yang lain merakam gambar kenangan bersama-sama di kontena penghantaran beras istimewa Sarawak ke Singapura.

“Kita telah mula mengeksport beras ke Singapura sejak 2021 tetapi ia hanya melibatkan kuantiti yang kecil. Tetapi kali ini adalah tempahan dalam kuantiti yang besar dengan memenuhi satu kontena penghantaran.

“Justeru, saya berharap agar dapat menerima lagi tempahan yang lebih tinggi dan besar selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas sidang media di Antares Ventures Sdn Bhd di Jalan Batu Kitang, di sini, hari ini.

MOA… Brendan (kiri) dan Jason (kanan) menyempurnakan pertukaran dokumen MOA sekali gus disaksikan oleh Kenny (dua kiri).

Hari ini juga menjadi detik bersejarah syarikat tersebut apabila mereka turut mengadakan acara Eksport Beras Istimewa Sarawak ke Singapura sekali gus menyaksikan pelepasan kontena yang membawa varieti atau aneka beras asli Sarawak untuk dipasarkan ke negara berkenaan.

Pencapaian itu juga telah dijayakan melalui sokongan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) – yang telah memainkan peranan penting dalam menghubungkan sekali gus memudahkan kemasukan Antares Ventures ke dalam pasaran negara itu.

Antara jenis beras istimewa Sarawak dan produk nilai tambah beras keluaran Antares Ventures Sdn. Bhd.

Antara beras keluaran Antares Ventures adalah jenis beras wangi perang dan beras merah dari Siburan, Padawan serta Lundu; beras ungu (Lubok Nibong, Betong); beras putih asli dan beras perang asli (Bario, Miri); beras putih, beras hitam dan beras merah (Ba’kelalan, Long Semadoh).

Syarikat tersebut juga mengeluarkan produk beras nilai tambah seperti makanan bayi berusia enam hingga 15 bulan beraskan beras jawa dari Ba’kelalan, Long Semado; bijirin kering untuk bayi dan kanak-kanak bagi membuat bubur bayi; bihun; serta minuman berasaskan beras.

Antara jenis beras istimewa Sarawak dan produk nilai tambah beras keluaran Antares Ventures Sdn. Bhd.

Sementara, program tersebut turut menyaksikan Pertukaran Memorandum Perjanjian (MOA) antara Antares Ventures dengan WWF Malaysia yang menggariskan usaha untuk mempromosi serta memasarkan beras tanah tinggi dari Ba’kelalan di bawah program penanaman padi Sistem Intensifikasi Beras (SRI) yang dimulakan oleh WWF Malaysia. 

Hadir sama Ketua Program Pemuliharaan WWF-Malaysia Sarawak Dr Jason Hon; Pengurus Kewangan, Hal Ehwal Korporat, Perdagangan dan Pelaburan STATOS, Kenny Lau Tien Hong; serta wakil yang lain.

Antara jenis beras istimewa Sarawak dan produk nilai tambah beras keluaran Antares Ventures Sdn. Bhd.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan