ARTIKEL

Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (Kredit: Badminton Association of Malaysia - BAM)

Beregu lelaki negara tekad balas kepercayaan BAM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh Sze fei-Nur Izzuddin Rumsani tekad membalas kepercayaan diletakkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terhadap mereka, dengan menampilkan aksi bertenaga pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 dari 13 hingga 18 Feb ini.

Walaupun dibelenggu prestasi kurang memberangsangkan pada permulaan musim 2024, Sze Fei mengakui terharu apabila barisan kejurulatihan masih mempercayai kemampuan mereka bagi menggalas tanggungjawab beraksi untuk skuad kebangsaan pada BATC 2024, yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

“Sangat berterima kasih kepada BAM, masih percaya kepada kami. Saya harap agar dapat bermain dengan bagus dan sumbang satu mata untuk negara di BATC 2024,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan, di sini.

Pasangan di ranking ke-22 dunia itu bermula goyah pada awal musim 2024 selepas tersingkir awal pada Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Masters Indonesia.

Mereka ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua Terbuka Malaysia oleh rakan senegara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 15-21, 16-21 dan sekali lagi tersingkir di pusingan sama pada Terbuka India di tangan gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, 19-21, 21-17, 17-21.

Malang terus menimpa Sze Fei-Nur Izzuddin selepas tumpas mengejut pada pusingan pertama Masters Indonesia kepada gandingan ke-39 dunia dari Thailand, Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-nga, 14-21, 21-14, 18-21.

Beliau pada masa sama juga bersedia digandingkan dengan pemain lain sekiranya barisan kejurulatihan ingin membuat eksperimen dengan ‘memecahkan’ gandingan sedia ada pada perlawanan tertentu di BATC 2024.

Selain Sze Fei-Nur Izzuddin, BAM mempertaruhkan Aaron-Wooi Yik serta pasangan meningkat naik, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

Bagi kem perseorangan, BAM menyenaraikan pemain profesional, Lee Zii Jia dalam skuad kebangsaan bersama Ng Tze Yong, Leong Jun Hao dan Eogene Ewe.

Malaysia yang turun selaku juara bertahan diletakkan dalam Kumpulan B bersama Taiwan, Kazakhstan dan Brunei.
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke suku akhir.– BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP