KUCHING: Ramai suka melabur untuk mendapat keuntungan yang banyak dan cepat namun jangan terpedaya kerana unsur penipuan sudah terang lagi bersuluh.
Berikut antara bentuk pelaburan yang tidak masuk akal atau memang sah untuk tujuan penipuan.
Pertama, pelaburan yang menjanjikan tidak akan rugi.
Kedua, janji terlalu manis sehingga indah khabar dari rupa.
Ketiga, bermain dengan kata-kata bahawa peluang hanya sekali.
Keempat, berani dengan jaminan untung besar.
Awas, jangan mudah terpengaruh dan sentiasa semak serta teliti sebelum membuat keputusan untuk melabur.

