KUCHING: Masyarakat dinasihati agar berhati-hati menggunakan WiFi awam.
Ancaman dan serangan penggodam boleh berlaku menerusi WiFi awam seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dalam Facebook hari ini.
WiFi awam ini berisiko dan tidak selamat untuk urusan tertentu.
Data peribadi termasuk butiran perbankan, identiti log masuk dan kata laluan boleh diakses semasa proses transaksi oleh pihak pengodam.
Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga elakkan daripada menggunakan WiFi awam ketika melakukan transaksi perbankan dan urusan jual beli dalam talian.




