ARTIKEL

Beri khidmat terbaik kepada rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Kawasan Dun Tanjong Datu akan terus menjadi kubu kuat Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRN-12.

Ketua Pemuda Parti PBB Cawangan Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan berkata, ia berdasarkan kepada perkhidmatan berterusan yang diberikan Datuk Amar Jamilah Anu sepanjang menjadi Adun Tanjong Datu.

Malah menurutnya, persiapan untuk PRN-12 bukan hanya dijalankan sekarang, sebaliknya jentera sudah bersedia lama dan tidak hanya menunggu musim pilihan raya.

“Kita dapat melihat Datuk Amar Jamilah sentiasa bersama-sama penduduk Tanjong Datu tanpa mengira masa. “Perkhidmatan yang diberikan berterusan dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Tanjong Datu dianggap kubu kuat GPS, jentera parti tetap masih perlu bekerja keras dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Kita janganlah terlalu berasa selesa dengan status kubu kuat kerana kita tetap perlu bekerja untuk rakyat,” ujarnya.

Azizul turut menggesa pengundi di kawasan Dun Tanjong Datu supaya turun beramai-ramai menunaikan amanah mereka pada 18 Disember kelak.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pasti akan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk PRN-12.

“Yang penting semasa hari pengundian, pengundi perlu sentiasa mematuhi setiap SOP yang ditetapkan,” jelasnya.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Tanjong Datu pada 2017, Jamilah menang dengan majoriti 6,443 undi mengalahkan Rapelson Richard Hamit dari PBDS Baru dan Johnny Bob Aput (STAR).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU