ARTIKEL

Lee Kim Shin (tiga kiri) merasmikan Hari Terbuka dan Pesta Pulasan SMK Pujut di sini

Beri sokongan anak-anak ceburi bidang STEM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Ibu bapa perlu memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka untuk menceburi bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, bidang tersebut amat membantu dalam membuka peluang kerjaya yang lebih luas pada masa hadapan, sekali gus merancakkan lagi pembangunan negara.

“Saya telah mengadakan lawatan rasmi ke China dan Korea Selatan baru-baru ini, dan saya menyedari bahawa sekitar 70 peratus tenaga kerja di negara berkenaan memberi tumpuan kepada STEM.

“Oleh itu, saya yakin bagi membangunkan negara, kita memerlukan bakat dalam bidang STEM, serta menggalakkan anak-anak untuk melanjutkan pelajaran dalam mata pelajaran yang berkaitan.

“Kerajaan Sarawak juga mempunyai dasar baharu menawarkan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dalam bidang STEM secara percuma.

“Bagi saya, ia batu loncatan kepada masa depan yang sedang kita usahakan,” katanya pada Majlis Hari Terbuka dan Pesta Pulasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut, semalam. tidak digunakan untuk platform e-dompet dan e-dagang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU