ARTIKEL

Berita mengecewakan untuk Sarawak – Yusuf Abd Wahab

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: “Perkembangan yang sangat mengecewakan apatah lagi ia sudah dipersetujui dan diumumkan oleh menteri sendiri sebelum ini,” kata Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab ketika mengulas keputusan Kementerian Pendidikan menolak kaedah bayaran kontra RM1 bilion bagi menangani isu sekolah daif di Sarawak.

Yusuf berkata, tindakan itu seolah-olah mengambarkan Menteri Pendidikan tidak diberi kepercayaan sepenuhnya dalam membuat keputusan bagi kementeriannya sendiri.

“Sepatutnya ketika ini, Kerajaan Sarawak dan Persekutuan sudah memulakan mekanisma bagaimana untuk membaiki sekolah- sekolah daif di Sarawak berdasarkan persetujuan sebelum ini.

“Saya bimbang perkembangan terkini akan mengakibatkan penangguhan kerja-kerja membaikpulih sekolah yang daif dan nasib anak-anak kita berterusan menimba ilmu dalam keadaan yang sebegitu.

“Justeru, saya amat berharap pihak Kementerian Pendidikan akan memberi lebih penekanan dan mempercepatkan kerja- kerja baikpulih sekolah daif di Sarawak khususnya di kawasan Parlimen Tanjung Manis,” ujarnya.

Kaedah bayaran kontra tersebut dipersetujui antara Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam satu pertemuan, Februari lepas.

Dalam perkembangan terkini, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong memberitahu, pegawainya pada mesyuarat di Kuala Lumpur baru-baru ini dimaklumkan bahawa mereka mahu pinjaman RM1 bilion tersebut dibayar sebagai bayaran pendahuluan.

“Saya telah menulis surat kepada Kementerian Pendidikan dan mereka membalasnya baru-baru ini bahawa mereka tidak mahu bayaran kontra sebaliknya mereka mahu bayaran pendahuluan.

“Jadi, kita perlu mengadakan rundingan semula dan saya berharap dapat berjumpa dengan Ketua Menteri petang ini untuk melihat apa tindakan kita seterusnya,” katanya.

Jelas Manyin, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching ketika lawatan ke Sarawak baru-baru ini menagih dana RM1 bilion tersebut dari Sarawak untuk sekolah daif di negeri ini.

Tetapi menurut Manyin, Teo tidak sepatutnya menagih dana dari Sarawak kerana soal pendidikan adalah tanggungjawab persekutuan.

“Oleh kerana pendidikan adalah tanggungjawab persekutuan maka kita (Sarawak ) yang sepatutnya menagih dana daripada Teo dan bukannya Teo yang meminta dana daripada kita.

“Tanggungjawab mereka adalah untuk membaik pulih, membina semula sekolah daif,” katanya sambil menambah terdapat 1,020 buah sekolah daif di Sarawak dengan 415 daripadanya adalah kritikal daif.

LAIN-LAIN BERITA

Mayat penyelam ditemui terapung

MIRI: Mayat seorang lelaki yang melakukan aktiviti penyelaman di Taman Negara Terumbu Karang Miri/Sibuti kira-kira 19 batu nautika di perairan Miri ditemui terapung tengah hari

Duit sewa rumah boleh disimpan

DISKAUN 50 peratus sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mula Januari hingga Jun depan. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,200 penyewa Skim Perumahan

Tegas tegur penumpang

KUCHING: Tragedi feri Triso yang berlaku pada hari pertama tahun ini menggemparkan seluruh negara apabila mengorbankan sembilan mangsa sekali gus dengan paling muda berusia empat

Pengalaman berharga wartawan pelatih

KUCHING: Menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian di universiti sebenarnya bukan setakat memenuhi syarat untuk lulus di peringkat universiti, namun ia akan menjadi pengalaman dan

BERITA TERBARU

Tun Taib meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghembus nafas terakhir di pusat perubatan C-V-S Kuala Lumpur pada 4.40 pagi

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Uhm Jung Hwa masih bujang

UHM JUNG HWA baru-baru ini muncul dalam rancangan bual bicara Lee So Ra di saluran YouTube dengan mendedahkan banyak perkara tentang kerjaya dan hubungan percintaannya.