BANGKOK: Seorang lelaki di Thailand telah berusaha keras, secara literal, untuk menunjukkan cintanya kepada teman wanitanya pada Hari Valentine.
Lapor The Nation, Suthep “Maew” Promjit, 56, meninggalkan kampung halamannya di Nakhon Nayok di Thailand Tengah pada 14 Januari dengan berjalan kaki dengan tujuan untuk tiba di Satun tepat pada masanya untuk Hari Valentine untuk melamar teman wanitanya.
“Saya mahu orang yang mendera keluarga dan orang tersayang mereka, serta mereka yang tidak setia kepada isteri, memberi perhatian kepada perjalanan ini,” kata Suthep.
Setakat Sabtu, dia telah menempuh perjalanan sejauh 1,100 kilometer dan tiba di Trang bersama rakannya Niwat Thongwithi, 50, yang telah menemaninya dengan menaiki ‘saleng’.
Suthep tinggal kira-kira 100km dari rumah teman wanitanya, Thanapa Khiaw-on di daerah Thung Wa, Satun dan dijangka tiba di sana menjelang hari ini.
Dia bertemu teman wanitanya, juga berusia 56 tahun, melalui aplikasi TikTok lima tahun lalu dan telah memutuskan untuk melamarnya.
Kata Suthep, berat badannya turun lebih 17 kilogram dalam perjalanan itu dan walaupun beratnya hanya 40kg sekarang, dia gembira kerana perjalanannya itu membuktikan betapa dia menyayangi bakal isterinya.
Suthep berkata, selepas berkahwin nanit, dia dan isterinya merancang untuk mengelilingi Thailand untuk berbulan madu.


