ARTIKEL

BERCAKAP….Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Datuk Richard Richard Wee

Berjaya stabilkan politik Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa kestabilan politik yang besar sehingga membentuk Sarawak pada hari ini, kata Datuk Richard Wee.

Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian itu berkata, perkara itu antara sumbangan terbesar beliau sepanjang tempoh 33 tahun menjadi Ketua Menteri Sarawak.

“Keharmonian dan kestabilan yang dipelopor di Sarawak oleh beliau membawa kepada asas yang kita ada hari ini.

“Semoga kepimpinan kita hari ini dapat meneruskan legasi dan membawa kestabilan yang ditinggalkan Allahyarham ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketila ditemui pemberita ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada Tun Taib di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau sambil itu menegaskan Allahyarham merupakan seorang tokoh berkepimpinan inklusif dalam mengekalkan keharmonian bangsa.

“Saya merasakan sepanjang kepimpinannya, kesan terbesar yang beliau bawakan ialah kestabilan politik,” katanya.

Justeru bercakap mengenai pemergian arwah, Richard memberitahu ia merupakan berita duka buat Sarawak.

“Bagi masyarakat Cina dan wakil persatuan, kami mengucapkam takziah kepada keluarga arwah,” ujarnya.

Allayarham Tun Taib, 87, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, jam 4.40 pagi pada Rabu.

Allahyarham dibawa pulang pada jam 4.40 petang semalam dan akan dikebumikan di tanah perkuburan keluarga di Demak Jaya selepas solat Zohor hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU