ARTIKEL

Lelaki berusia 46 tahun ditahan kerana dipercayai bermain judi dalam talian di Saratok.

Berjudi dalam talian, lelaki ditahan polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Terlalu asyik bermain judi dalam talian menggunakan telefon bimbit membawa padah kepada seorang lelaki apabila ditahan polis dalam serbuan Op Dadu di Saratok, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, lelaki tempatan berusia 46 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok.

Telefon bimbit yang digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian dirampas polis.

Katanya, suspek ditahan ketika sedang bermain judi dalam talian menggunakan telefon bimbit miliknya.

“Suspek berada seorang diri di lokasi kejadian ketika serbuan dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Mathew berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama MI 6X berwarna merah yang digunakan suspek bagi aktiviti perjudian berkenaan.

Beliau berkata, saringan air kencing terhadap suspek mendapati keputusan negatif.

Katanya, semakan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU