ARTIKEL

Gambar hiasan

Berlin teruskan penukaran nama jalan meski dibantah di mahkamah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERLIN: Sebuah jalan di pusat bandar Berlin secara rasmi ditukar nama pada Sabtu meskipun berdepan cabaran undang-undang di saat akhir, dengan satu majlis perasmian mengucapkan selamat tinggal kepada nama lama yang sarat konotasi perkauman, lapor agensi berita Jerman dpa.

Daerah Mitte di Berlin bersama beberapa inisiatif masyarakat sivil sejak sekian lama berusaha menukar nama “Mohrenstrasse”, kerana perkataan “Mohr” secara sejarahnya digunakan untuk merujuk orang keturunan Afrika, sering kali dalam nada menghina.

Perkataan itu berasal daripada Latin “Maurus” (Moor) yang dikaitkan dengan kolonialisme, perhambaan dan stereotaip perkauman.

Minggu ini, pekerja bandar memasang papan tanda baharu dengan nama Anton-Wilhelm-Amo-Strasse, sebagai penghormatan kepada sarjana dan peguam Afrika pertama yang memperoleh ijazah kedoktoran di sebuah universiti Jerman pada abad ke-18.

Namun, dengan majlis perasmian dijadual pada Sabtu bersempena Hari Peringatan Perdagangan dan Pemansuhan Hamba Antarabangsa, inisiatif itu berdepan cabaran undang-undang di saat akhir.

Pada Khamis, Mahkamah Pentadbiran Berlin membenarkan rayuan segera seorang penduduk terhadap penukaran nama itu, dengan memutuskan jalan berkenaan tidak boleh ditukar sehingga saman diselesaikan.

Namun, Daerah Mitte mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Pentadbiran Berlin-Brandenburg, yang pada Jumaat petang memberi kebenaran untuk penukaran nama itu diteruskan seperti dirancang.

Kedua-dua mahkamah sebelum ini juga telah memutuskan bahawa penukaran nama boleh dilaksanakan dalam saman terdahulu. — BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU