ARTIKEL

Bermesyuarat enam kali setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Semua JKKK di negeri ini dikehendaki mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya enam kali pada tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, perkara tersebut adalah untuk memastikan mereka berfungsi dan berkesan dalam memberi khidmat kepada rakyat.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta untuk mengukuhkan institusi JKKK.

“Ini membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak menghargai dan menyokong sepenuhnya peranan penting ini,” ujarnya
sebelum menyampaikan geran pembangunan berjumlah RM240,000 kepada 22 kumpulan dan jawatankuasa surau di sini, semalam.

Beliau berkata, bermula tahun ini juga, kesemua Setiausaha JKKK akan dibayar elaun bulanan sebanyak RM300.
“Setiap 15 ahli jawatankuasa JKKK akan dibayar elaun sebanyak RM50 setiap mesyuarat, kos untuk jamuan RM100 juga akan disediakan,” katanya.

Uggah berkata, dalam mesyuarat, mereka perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh me-
ningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Misalnya, terdapat banyak aktiviti dan program dalam sektor pertanian yang juga relevan dalam persekitaran anda.

“Gunakanlah peluang tersebut untuk menjana pendapatan dengan meneroka dan mengeksploitasi sektor  ertanian,” ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah memberitahu, kementerian
nya akan menubuhkan sebuah stesen model pertanian hidroponik di sini untuk memperkenalkan sistem moden ini.

“Kami ada stesen sistem fertigasi di SMK Spaoh dan tidak lama lagi di Simpang Layar di Betong.

“Jabatan Pertanian akan mengadakan kursus dalam masa terdekat untuk membiasakan masyarakat dengan sistem hidroponik tersebut,” katanya.

Beliau berkata, Spaoh berpotensi besar dalam pengeluaran makanan dan ternakan.

“Jabatan Pertanian juga mempunyai bantuan subsidi untuk mereka yang berminat menternak kambing, biri-biri
dan lembu.

“Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) pula terlibat dengan pembiakan ternakan di ladang
kelapa sawit serta penyertaan rakyat dalam industri ini.

“Oleh itu, kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk membina abbatoir di sini,” ujarnya lagi.

Uggah turut berpesan agar masyarakat di sini bekerja keras untuk menghasilkan banyak sumber makanan supaya ia
boleh dieskport ke luar negara terutamanya selepas lapangan terbang di kawasan itu siap kelak.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU