BAGI dua penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 Guru Luar Biasa dari Sarawak, Kalai Ampi, 28 dan Mohd Nur Hifzhan Noordan, 26 percaya berkat menjadi seorang guru tidak terkira nilai jika mereka tahu memanfaatkan sebaiknya hubungan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan murid, jika mengajar di kawasan pedalaman Sarawak.
Malah setelah Malaysia memasuki fasa endemik apabila pembelajaran dari rumah (PDPR) mula ditinggalkan kini mereka mengakui pelbagai cabaran lain mula timbul yang mungkin tidak diketahui masyarakat.
Kalai Ampi yang lebih lima tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Tau Tatau mengakui berhadapan masalah murid yang lama ketinggalan setelah dua tahun pandemik meskipun PDPR.
“Saya perlu bermula dari bawah balik kerana kebanyakan murid tidak mengikuti PDPR kerana semasa PDPR murid berada di kawasan yang sukar dicari iaitu di kebundan sawah padi.
“Seperti biasa kekurangan bahan bantu mengajar di sekolah pedalaman, tidak mempunyai liputan rangkaian untuk mengakses bahan bantu luar, jelas menyukarkan kami.
“Malah kini kami sebagai guru perlu berhadapan dengan teknologi pada masa kini apabila murid tidak menunjukkan minat di dalam kelas akibat ketagih dengan telefon dan media sosial akibat murid terlalu lama duduk di rumah,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.
KAGUM DENGAN SEMANGAT ANAK PEDALAMAN
Jelas Kalai lagi walaupun ilmu murid terpaksa diasah kembali, dia berasa sangat seronok dengan semangat dalam diri murid di kawasan pedalaman yang sentiasa bersedia untuk terus berjuang demi mendapatkan ilmu.
“Saya sendiri kagum dengan semangat dalam diri murid. “Tambahan lagi ibu bapa di sini lebih fokus akan pelajaran anak-anak berbanding sebelum pandemik.
Hal ini mungkin kerana ibu bapa sedar akan anak-anak telah lama ketinggalan dalam pelajaran meskipun adanya PDPR,” ujarnya lagi.
HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA PERLU KUKUH Manakala, Mohd Nur Hifzhan Noordan, 26 yang kini berkhidmat lebih empat tahun di Sekolah Kebangsaan Kuala Kenyana Mukah berkata, dia perlu menjalinkan kerjasama rapat dengan ibu bapa.

Noordan berkhidmat lebih
empat tahun di Sekolah Kebangsaan Kuala Kenyana
Mukah.
“Sebab di pedalaman, hubungan dengan penduduk adalah yang penting sekali.
“Terutamanya bila kita mahu meminta tolong, ibu bapa pasti tidak akan keberatan untuk menghulurkan bantuan.
“Sebenarnya, ibu bapa di pedalaman ini ada banyak masa untuk bersama dengan pihak sekolah tambahan dengan masa ibu bapa yang bekerja juga dilihat fleksibel.
“Saya juga membantu pelajar untuk memohon Kelas Rancangan Khas (KRK) di SMK Three Rivers dan Alhamdulillah ada murid yang layak masuk kelas KRK,” katanya.
Dalam kesempatan itu Kalai dan Hifzhan ingin menasihatkan bakal guru agar mempunyai keikhlasan yang tinggi untuk memajukan anakanak di pedalaman.
“Sebagai seorang guru kita hendaklah terus berbakti dan terus menggilap permata yang tersembunyi.
“Teruskan usaha dalam mendidik anak pedalaman dan jangan ajar diri kita untuk lari dari masalah jika kita merasakan sekolah pedalaman ini tidak seronok.
Sebagai seorang guru kita yang seharusnya mewujudkan suasana yang gembira tanpa memikirkan tempat kita jauh dari bandar.
“Sebagai seorang guru pedalaman juga kita wajarlah menjadi pendidik yang kreatif untuk menarik minat murid, tidak kisahlah dari aspek apa pun yang penting dalam diri kita tidak wujud menyesal jadi seorang guru.
“Oleh itu, sebagai pendidik kita haruslah ingat ikrar kita sebelum melangkah ke dunia pendidikan yang mana kita sanggup ditempatkan di mana-mana untuk mengajar anak bangsa.
“Ingatlah, kita berminat menjadi seorang guru dan tetaplah berkarya untuk murid-murid serta sekolah walaupun kadang hati kita terluka kerana hasilnya yang kita akan tuai di masa hadapan.
Teruskan membenih biji ilmu dengan ikhlas kerana ilmu kita orang lain mampu mengubah nasib mereka,” jelas Kalai lagi.
Bagi Mohd Nur Hifzhan lagi paling penting untuk menjadi seorang guru ialah jangan pernah berkira dengan anak murid.
“Kerana tanpa anakanak ini kita tidak akan ditawarkan bekerja. “Bagi mereka, kita (guru) adalah segalanya, jadi diri anda yang sebenarnya dan ikhlas dalam menyampai ilmu.
“Paling penting jangan pernah rasa terbeban meringankan beban ibu bapa seperti membeli alat tulis kepada pelajar anda, insya-Allah… kita akan mendapat balasan yang mungkin tidak dapat anda jangkakan,” ujarnya

Ampi
bergambar
bersama piala Anugerah Guru
Inspirasi
McDonalds
2021 “Guru
Luar Biasa
sebelum ini.