ARTIKEL

Tan Sri Muhyiddin Yassin | Bernama

Bersatu kekal dalam PN, guna logo pada PRN Johor dan Negeri Sembilan – Muhyiddin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu akan kekal sebagai komponen dalam Perikatan Nasional (PN) serta akan menggunakan logo gabungan politik berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan, masing-masing pada 11 Julai dan 1 Ogos ini.

Beliau berkata Bersatu tidak boleh disingkirkan daripada PN secara unilateral atau berdasarkan keputusan satu pihak sahaja.

“Kita akan terus kekal sebagai anggota PN dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengambil tindakan untuk menyingkirkan Bersatu daripada PN secara unilateral.

“Kalau ikut perlembagaan, ada perkara-perkara dan fasal-fasal tertentu yang perlu dipatuhi… mereka mesti mematuhi peruntukan tersebut dan perlu mencapai konsensus,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti berkenaan di Ibu Pejabat Bersatu malam tadi.

Turut hadir Naib Presiden Bersatu iaitu Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, PAS secara rasmi mengumumkan bahawa parti itu menghentikan segala bentuk kerjasama politik dengan Bersatu. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur