ARTIKEL

Bertempiaran lari, mi kampua tertinggal di atas meja, diserbu ketika bersantai di dalam kedai kopi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Beberapa pelanggan bertempiaran lari ketika sedang menikmati mi kampua di sebuah kedai kopi di Jalan Wawasan, hari ini.

Namun, pemilik premisnya berserta pemilik gerai di premis itu dikenakan kompaun kerana membenarkan pelanggannya menikmati makanan di dalam premis ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam satu kenyataannya hari ini berkata, dua individu berkenaan dikompaun kerana membenarkan pelanggan makan dalam kedai semasa PKP di sini tengah hari tadi.

“Bertindak atas maklumat awam, polis peronda telah pergi ke Jalan Wawasan namun beberapa pelanggan yang sedang menikmati mi kampua di situ sempat melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis pada jam 12 tengah hari.

“Bagaimanapun, polis mengambil tindakan kompaun terhadap pemilik premis kedai dan pemilik gerai makanan berkenaan.

“Kedua-duanya yang dikenakan kompaun termasuk pemilik premis berusia 60 tahun dan pemilik gerai berusia 25 tahun terus dikeluarkan kompaun kerana membenarkan pelanggan makan di dalam premis kedai,” katanya sebentar tadi.

Beliau juga percaya pemilik premis terbabit turut membenarkan pelanggannya menikmati makanan di dalam premisnya berdasarkan beberapa meja yang lain turut dipenuhi dengan hidangan.

Stanley memberitahu, pemilik kedai dan pemilik gerai terbabit masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan menyediakan makanan secara ‘dine in’ semasa PKP sedang dikuatkuasakan.

Kedua-dua Orang Kena Kompaun (OKK) didapati telah melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) 2021.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU