ARTIKEL

DOUGLAS UGGAH serta tetamu lain bergambar kenangan bersama-sama barisan kaunselor MDB pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli MDB di ruang legar Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini. Foto: OSMAN RAZALI

Betong Fokus Pengurusan Sisa Buangan Lebih Moden, Daerah Paling Bersih – Douglas Uggah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menuntut perancangan yang lebih efektif daripada Majlis Daerah Betong (MDB), terutama dalam menggunakan kaedah yang lebih moden dalam pengurusan sisa buangan.

Menurutnya, ini selari dengan sasaran untuk menjadikan Betong sebagai daerah paling bersih di Sarawak suatu hari kelak.

“Tiga tahun lepas saya telah menyebut isu yang sama, iaitu pengurusan sampah. Memang ada peningkatan yang ditunjukkan pihak MDB, tetapi kami sebagai wakil rakyat masih belum berpuas hati.

“Sehubungan itu, ini adalah cabaran kepada barisan kepimpinan baharu ahli MDB yang diketuai oleh Ahli Parlimen Betong Datuk Dr. Richard Rapu selaku pengerusi yang baharu… saya berharap kaunselor baharu dapat menyumbang idea.

“Tampil dengan perancangan yang lebih teliti dan efektif. Kini teknologi banyak, kita harus memikirkan kaedah pengurusan sampah yang lebih moden untuk digunakan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu berkata demikian semasa Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli MDB di ruang legar Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini.

KAUNSELOR Stephen Lim menerima watikah pelantikan sebagai ahli MDB daripada Douglas Uggah pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli MDB di ruang legar Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini. Foto: OSMAN RAZALI
KAUNSELOR Ramzi Rasit menerima watikah pelantikan sebagai ahli MDB daripada Douglas Uggah pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli MDB di ruang legar Pejabat Residen Bahagian Betong, hari ini. Foto: OSMAN RAZALI

Jelasnya, sesetengah bahan buangan, jika diuruskan dengan betul, boleh menghasilkan duit.

“Mengenai teknologi insinerator, kita memang merancang ke arah itu… tetapi tidak bergantung sepenuhnya kepada itu. Sebaliknya, kita harus ada kemudahan kitar semula di semua kawasan di bawah bidang kuasa MDB.

“Supaya bahan buangan yang dapat dikitar semula, kita hendak manfaatkan untuk menjadi duit. Rakyat juga untung.

“Lebih penting, saya ingatkan kepada kaunselor, beritahu rakyat betapa pentingnya sampah diuruskan dengan baik, yang seterusnya tidak mencemarkan sungai atau persekitaran kita,” ujarnya.

Dalam pembangunan, tambah Uggah, MDB memainkan peranan penting dalam pembangunan di bawah bidang kuasanya termasuk melaksanakan projek-projek, sama ada milik Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Sarawak sendiri.

“Saya mohon anda (kaunselor) untuk bantu kami (wakil rakyat) seperti mana selama ini.

“Kita yakin MDB dapat merangka program untuk tempoh tiga tahun akan datang ke arah meningkatkan kemajuan di sini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan perancangan untuk membina pejabat baharu MDB, yang mana telah dimajukan kepada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Untuk sesi 1 April 2025 hingga 31 Mac 2025, Dr. Richard Rapu dilantik sebagai Pengerusi MDB, buat julung kalinya jawatan pengerusi bukan dalam kalangan pegawai daerah.

Difahamkan juga, lebih setengah ahli MDB yang mengangkat sumpah adalah muka baharu, dengan ahli paling muda berusia 23 tahun iaitu Stephen Lim Yong Kuang yang mewakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli, ADUN Beting Maro Razaili Gapor, dan Residen Bahagian Betong Richard Michael Abunawas turut hadir sama.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan