ARTIKEL

Mohamad Abu Bakar ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Service Sarawak Betong. | FOTO: Tangkapan layar siaran langsung UKAS

Betong kini menikmati perkhidmatan kerajaan yang lebih mudah dan efisien

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Keberadaan Pusat Service Sarawak di Betong akan memudahkan masyarakat di kawasan ini mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata penyediaan kemudahan seumpama itu di kawasan luar bandar mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam menyediakan perkhidmatan awam yang cekap, mudah dan berfokuskan rakyat.

Bangunan Pusat Service Sarawak Betong. | Gambar dari UKAS

Katanya, pusat tersebut diwujudkan supaya rakyat dapat menikmati perkhidmatan terbaik tidak kira di mana mereka berada.

“Justeru, dengan menghimpunkan pelbagai agensi di bawah satu bumbung, orang ramai tidak lagi perlu berulang-alik dari satu pejabat ke pejabat lain.

“Dengan adanya pusat seperti ini juga ia dapat menjimatkan masa dan kos,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pusat berkenaan yang disempurnakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Tambahnya, setakat ini, terdapat enam Pusat Service Sarawak iaitu masing-masing di Kuching, Sibu, Miri, Serian, Sri Aman dan Betong di bawah pengurusan Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (UDPA).

“Sehingga September 2025 kita telah memberi perkhidmatan kepada lebih kurang 3.1 juta pelanggan dengan transaksi kewangan kira-kira RM5.4 bilion yang dijalankan di pusat service.

“Pada masa sama, matlamat kita adalah memastikan setiap perkhidmatan yang ditawarkan di sini dapat didigitalkan, agar penyampaian perkhidmatan menjadi lebih pantas dan efisien,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, beliau memberitahu pencapaian ini juga membuktikan kejayaan kerjasama erat antara agensi kerajaan yang bekerja sebagai satu pasukan.

Menurutnya, walaupun pusat Betong ini terletak di deretan rumah kedai dan bukan di kompleks pentadbiran Betong, lokasinya dianggap strategik dan mudah diakses.

“Ia berhampiran pasar dan deretan kedai.

Orang ramai boleh singgah menyelesaikan urusan harian dan dalam masa sama mendapatkan perkhidmatan kerajaan dengan mudah,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru pegawai perkhidmatan awam supaya terus menambah baik mutu perkhidmatan yang diberikan.

“Kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang telah dicapai.

Jika perkhidmatan masih perlahan, kita perlu memperbaikinya.

Jika kaunter terlalu sedikit, kita perlu tambah supaya rakyat tidak perlu menunggu lama,” tegasnya.

Untuk rekod, Pusat Service Sarawak Betong telah beroperasi pada 1 Julai 2024 dan menyediakan perkhidmatan pembayaran bil air, elektrik, cukai taksiran, Sarawak Gas, bayaran balik pinjaman perumahan kepada Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) dan sewa tanah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU