ARTIKEL

Biar rakyat pilih calon yang mereka mahu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Richard Riot Jaem

SERIAN: Penyandang kerusi Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem tidak gentar dengan pertembungan empat penjuru dalam Pilihan Raya Ke-15 pada kali ini.

Katanya, memenangi kerusi parlimen tersebut pastinya menjadi agenda utama namun tidak terlalu memberi harapan tinggi.

“Saya tidak boleh terlalu yakin akan memenangi kerusi ini. Biar rakyat menentukan calon yang mereka mahu.

“Ini merupakan perjuangan ke tujuh saya dalam pilihan raya umum. Oleh itu, saya akan membuat terbaik untuk rakyat di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas Penamaan Calon PRU-15 di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian, di sini, hari ini.

Ujarnya, dengan sokongan daripada tiga Adun dibawahnya, telah memberikan semangat untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Serian.

Ketika ditanya mengenai pembaharuan yang akan dibawa, Riot berkata, sambungan rangkaian Internet menjadi perhatiannya, kerana sebelum ini beliau telah beberapa kali menyuarakan masalah terbabit dalam persidangan Parlimen.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau merangkap Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu telah menyandang kerusi Parlimen Serian selama tujuh pengal. Beliau mula terlibat dalam PRU sejak tahun 1990.

Dalam PRU-14 terdahulu, atas tiket Barisan Nasional (BN), Riot menang mudah mengalahkan dua calon lain iaitu Edward Andrew Luwak dari DAP dan Senior William Rade (Bebas) dengan menang majoriti 9,905.

Jumlah pengundi yang berdaftar di Serian ialah seramai 65,273.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU