ARTIKEL

Abdul Karim bercakap pada sidang media khas berkenaan PRU Sarawak Ke-13 di Kuching, hari ini.

Biarlah Pilihan Raya Sarawak Ditentukan oleh Parti Tempatan – Abdul Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 lebih wajar diterajui calon dan parti tempatan, sekali gus memberi ruang kepada rakyat negeri ini menentukan sendiri wakil serta kerajaan yang bakal mentadbir Sarawak.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun pemimpin politik dari Semenanjung Malaysia mempunyai hak untuk datang berkempen, kehadiran mereka tidak semestinya diperlukan dalam menentukan pilihan rakyat Sarawak.

“Kalau pemimpin Semenanjung Malaysia daripada parti politik mahu datang pada masa ini, saya rasa tidak perlulah.

“Biarlah pilihan raya Sarawak ditentukan oleh parti tempatan dan orang Sarawak sendiri,” katanya pada sidang media khas berkenaan PRU Sarawak Ke-13 di sini, hari ini.

Menurutnya, calon yang dipilih kelak merupakan individu yang akan menjaga kawasan serta memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak sepanjang tempoh pentadbiran akan datang.

“Malah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak menghantar pasukan berkempen menyokong mana-mana parti ketika pilihan raya negeri di Semenanjung Malaysia termasuk di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Pada akhirnya, calon dari Sarawak yang akan menjaga Sarawak. Jadi biarkan orang Sarawak menentukan sendiri,” tegasnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pendirian itu bukan bermaksud PRU Sarawak hanya melibatkan GPS, kerana mana-mana parti atau individu yang memenuhi syarat mempunyai hak untuk bertanding.

Beliau turut menjelaskan Sarawak akan terus mengekalkan sekatan kemasukan terhadap individu tertentu yang dianggap membawa pendekatan ekstrem atau tidak sesuai dengan keharmonian masyarakat majmuk negeri ini.

“Sekatan itu boleh melibatkan ahli politik atau individu lain termasuk pendakwah sekiranya pandangan dan pendekatan mereka dinilai boleh menjejaskan kesejahteraan serta keharmonian masyarakat,” ujarnya.

Tegasnya, paling penting ialah PRU Sarawak Ke-13 berlangsung secara aman dan matang, manakala rakyat diberi ruang menilai calon berdasarkan keupayaan, rekod serta kefahaman keperluan negeri.

BERITA LAIN

PRU Sarawak: Prestasi Calon Jadi Penentu

KUCHING: Tempoh berkempen selama 14 hari bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 dilihat mencukupi untuk membolehkan pengundi menilai prestasi calon serta kerajaan sepanjang penggal

BERITA TERBARU

PRU Sarawak: Prestasi Calon Jadi Penentu

KUCHING: Tempoh berkempen selama 14 hari bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 dilihat mencukupi untuk membolehkan pengundi menilai prestasi calon serta kerajaan sepanjang penggal