ARTIKEL

Bidak Plaman FC, Grace United rebut juara Piala RCBP Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Piala RCBP Serian 2023 bakal melabuhkan tirainya Ahad ini, 9 Julai.

Sekali gus, bakal diketahui pasukan yang akan bergelar juara pada saingan pentas final, antara Bidak Plaman FC dan Grace United.

Kedua-dua pasukan terbabit mara ke perlawanan akhir selepas berjaya menumpaskan lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir hujung minggu lalu.

Bidak Plaman FC menumpaskan Belfa FC (2-1). Berbanding kemenangan tipis (5-4) Grace United ke atas SS 17 FC menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan (2-2) untuk masa penuh perlawanan.

Setiausaha Kejohanan Raymond Lori berkata, perlawanan akhir membabitkan kedua-dua pasukan bermula pukul 3 petang.

“Bagaimanapun, perlawanan menentu tempat ketiga dan keempat antara Belfa FC dan SS 17 FC terdahulu dilangsungkan pukul 10:30 pagi hari yang sama.

“Satu perlawanan sengit bakal kita saksikan di pentas final nanti kerana kedua-dua pasukan mempunyai misi yang sama untuk bergelar juara,” ujar Raymond kepada Arena Suara Sarawak.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU