ARTIKEL

PRESIDEN BIFA... Haji Sophie Shariee.

BIFA anjur kursus pengadil bola sepak, futsal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha memperkasakan pembangunan pengadil turut menjadi fokus Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA).

Pendekatan dilakukan badan induk berkenaan bagi memastikan kudrat individu penting dalam padang itu sentiasa mencukupi setiap kali adanya penganjuran kejohanan.

Rentetan itu, BIFA akan menganjurkan Kursus Asas Pengadil Bola Sepak Kelas 3 dan Kursus Pengadil Futsal Kebangsaan.

Presiden BIFA, Sophie Shariee memberitahu, kedua-dua kursus berkenaan berlangsung dari 29 Ogos hingga 1 September depan.

Menurut Sophie, kursus berkenaan berlangsung di dua lokasi berbeza iaitu Stadium Bintulu dan Stadium Muhibbah Bintulu.

“Pihak kita mengalu-alukan individu berminat untuk menyertai kedua-dua kursus ini.

“Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi pegawai terlibat iaitu Awang Abu Suhardi di talian 014-9565760 dan Roslan Dris (019-5217275),” ujar Sophie kepada Arena Suara Sarawak.

Tegas Sophie, tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 Ogos depan dan ia terhad kepada 30 penyertaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU