ARTIKEL

Antara peserta yang menyertai Program Demonstrasi Membuat Kuih Celorot dan Serunding Lokan di Kampung Badong Daro.

Bimbang resipi tradisi lenyap ditelan zaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Di sebalik keenakan kuih celorot dan serunding lokan, tersimpan khazanah budaya serta resipi turun-temurun yang semakin berdepan risiko dilupakan apabila generasi muda kurang berminat mempelajari cara penyediaannya.

Jika tidak dipelihara dan diwariskan, kemahiran menghasilkan makanan tradisional itu dikhuatiri lenyap ditelan arus pemodenan, sekali gus menyebabkan generasi akan datang kehilangan sebahagian identiti warisan masyarakat tempatan.

Menyedari kepentingan itu, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Badong Daro mengambil inisiatif menganjurkan Program Demonstrasi Membuat Kuih Celorot dan Serunding Lokan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Ihsan Kampung Badong Daro.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Ihsan, Abang Shamsure Abang Wahap, berkata penganjuran program berkenaan bukan hanya bertujuan memperkenalkan teknik menghasilkan makanan tradisional, malah menyemai kesedaran tanggungjawab memelihara warisan nenek moyang.

“Kita mengambil inisiatif ini kerana bimbang golongan muda kurang menunjukkan minat untuk mempelajari resipi asli makanan tradisi ini.

“Apatah lagi ia mempunyai keunikan tersendiri dari segi rasa, penggunaan bahan dan kaedah penyediaan, selain menjadi cerminan budaya serta kehidupan masyarakat setempat,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Beliau berkata, golongan muda sewajarnya mengambil inisiatif mendekati orang lebih berusia untuk mempelajari sendiri resipi dan teknik penyediaan makanan tradisional sebelum kemahiran berkenaan terputus daripada satu generasi ke generasi seterusnya.

Jelasnya, pemeliharaan warisan kulinari bukan sekadar memastikan makanan tradisional terus dihasilkan, sebaliknya turut mengekalkan nilai sejarah, budaya dan kenangan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat terdahulu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada PPWS Kampung Badong Daro kerana memilih Surau Darul Ihsan sebagai rakan kerjasama dan berharap usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

BERITA LAIN

Seimbangkan Kerjaya, Keluarga dan Pengajian

BUKAN mudah untuk menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) apabila setiap hari perlu mengimbangi tuntutan kerjaya, tanggungjawab sebagai ibu dan tekanan menyiapkan tesis yang seakan-akan tiada

BERITA TERBARU

Seimbangkan Kerjaya, Keluarga dan Pengajian

BUKAN mudah untuk menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) apabila setiap hari perlu mengimbangi tuntutan kerjaya, tanggungjawab sebagai ibu dan tekanan menyiapkan tesis yang seakan-akan tiada