ARTIKEL

Pekerja Maut Digilis Jentera Pengorek Ketika Kerja Meratakan Tanah di Lawas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Seorang pekerja berusia 62 tahun maut digilis jentera pengorek ketika menjalankan kerja di sebuah tapak pembinaan jalan di sini.

Mangsa dipercayai turun dari jentolak untuk memberikan arahan kepada pemandu lori yang membawa tanah.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kejadian pada 28 Oktober lalu, kira-kira 1.20 tengah hari itu berlaku ketika mangsa menjalankan kerja meratakan tanah di kawasan pembinaan berkenaan.

Menurut jabatan itu, kejadian tersebut disedari seorang pekerja lain yang kemudian memaklumkannya kepada pengendali jentera pengorek terbabit.

“Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Lawas untuk tujuan bedah siasat,” menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian tersebut, JKKP Sarawak menjalankan siasatan dan mengeluarkan empat notis larangan kepada majikan bagi memastikan langkah kawalan keselamatan yang sewajarnya dilaksanakan.

Jabatan itu turut menegaskan bahawa tindakan perundangan akan diambil terhadap majikan yang gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Tindakan penguatkuasaan berkenaan bertujuan memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat, sekali gus melindungi pekerja daripada risiko kemalangan ketika menjalankan tugas.

BERITA LAIN

Tidak bekerja pun gelisah

SEMALAM saya asyik terfikir, jika suatu hari nanti saya tidak bekerja, bagaimana saya mahu menghabiskan masa 24 jam sehari? Saya sudah terlalu biasa dengan rutin

BERITA TERBARU

Seimbangkan Kerjaya, Keluarga dan Pengajian

BUKAN mudah untuk menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) apabila setiap hari perlu mengimbangi tuntutan kerjaya, tanggungjawab sebagai ibu dan tekanan menyiapkan tesis yang seakan-akan tiada