ARTIKEL

Bina baharu rumah mangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Permohonan bina baharu kediaman untuk mangsa kebakaran di Debak semalam akan dimajukan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanakkanak dan Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam berkata, ini bagi membantu mangsa kebakaran yang hilang tempat berteduh, sekali gus tinggal sehelai sepinggang.

“Kita menunggu laporan penuh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan apabila dokumen yang diperlukan sudah ada, kita akan bantu dari segi permohonan kepada JPBS untuk bina baharu rumah,” katanya.

Adun Saribas itu berkata demikian ketika menyantuni mangsa, Faizulnizam Md Ali serta keluarga di Kampung Babu Hulu, semalam.

Razi yang menghadiri persidangan DUN pulang sebentar ke kawasan menambah, kediaman berhampiran yang turut terjejas akan dinilai untuk bantuan lain.

“Sebaik mendapat khabar buruk itu, saya mengambil keputusan melawat mangsa kebakaran dan menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga mangsa.

“Hari ini (semalam) saya menyampaikan sumbangan awal termasuk daripada pihakpihak lain seperti Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak (sumbangan RM1,000), Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Betong (sumbangan RM3,840 beserta bungkusan makanan) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berupa makanan.

“Daripada pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Betong, kita ada bantuan bahan binaan, wang saku, pakaian harian, seragam sekolah, kelengkapan tidur, peralatan dapur, bantuan makanan serta minuman yang keseluruhan bernilai RM8,975,” katanya.

Terdahulu Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi mengesahkan insiden dan katanya rumah berkeluasan 40 x 70 kaki persegi dengan binaan struktur tidak kekal jenis setingkat terbakar sepenuhnya. “Kebakaran berjaya dipadam.

Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Debak tiba dahulu di lokasi.

“Kita bersyukur kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri yang terdiri daripada seorang lelaki dan perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan serta seorang kanak-kanak lelaki,” katanya.

Ketika operasi, PBS Debak bersama agensi lain dan penduduk kampung menggunakan air dari pili bomba untuk memadam kebakaran. Operasi tamat kira-kira jam 6.44 pagi.

Bagi Faizulnizam, kejadian tersebut berlaku ketika semua ahli keluarga sedang tidur dan terjaga setelah menghidu bau asap yang datang dari bahagian bumbung dapur.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Adana Jed, Timbalan Residen Bahagian Betong Mahra Salleh, Pegawai Daerah Betong Alfred Geling Ason serta barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) turut hadir sama.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi