ARTIKEL

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (TBC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu di Restoran Dinner World Bintulu.

Bina dewan serba guna berhampiran Dewan Suarah Bintulu – Pang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebuah dewan serba guna dicadang dibina berdekatan Dewan Suarah Bintulu.

ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, cadangan pembinaan dewan yang dianggarkan bernilai RM25 juta itu antara lain bertujuan memperkasa dan membangunkan golongan belia khususnya dalam sukan.

“Dengan adanya fasiliti terbabit, lebih banyak program membabitkan belia dapat dianjurkan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Bersama Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Restoran Dinner World Bintulu, hari ini.

Selain dewan serba guna, Pang juga mengemukakan cadangan pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan Assyakirin.

Katanya, pembinaan untuk kegunaan warga sekolah terbabit menunaikan solat serta menjalankan aktiviti keagamaan.

“Anggaran kami untuk kos keseluruhan adalah sekitar RM1.5 juta,” ujarnya.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama Pang dan kenamaan lain memotong kek pada sambutan Tahun Baru Cina SUPP Bintulu Bersama Premier Sarawak di Restoran Dinner World Bintulu.
Johnny Pang semasa berucap pada majlis Rumah Terbuka SUPP Bintulu di Restoran Dinner World Bintulu.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU