ARTIKEL

Bina jalan untuk kemudahan penduduk Bukit Begunan – Mong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Adun Bukit Begunan Datuk Mong Dagang meminta Kerajaan Negeri membina jalan untuk menghubungkan Engkerepok Ulu dan Engkerepok Ii dan dari Engkerepok ke Emgkeranji, Lingga.

Pembinaan jalan raya itu kelak, katanya akan membuka kawasan baru termasuk Taman Negara Gunong Lesong sebagai tarikan pelancongan baharu di Sri Aman.

Menurut beliau, Taman Negara Gunong Lesong bersempadan dengan Taman Negara Meludam di sebelah utara dan Taman Negara Ulu Sebuyau di sebelah timur.

Selain itu, beliau turut menyambut baik langkah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk meneruskan pembinaan Jalan Bukit Balau / Banting yang dihentikan semasa Pakatan Harapan (PH) berkuasa pada 2018.

Katanya, projek pembinaan Jalan Bukit Balau / Banting yang menelan belanja RM38.9 juta adalah projek jalan raya yang sangat dinanti dan dinantikan penduduk di sepuluh rumah panjang di Banting, Lingga.

“Kemudahan infrastruktur yang baik seperti jaringan jalan raya yang baik adalah mustahak untuk pembangunan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 hari ini.

BERITA LAIN

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston

BERITA TERBARU

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston