Trending

Bina menara telekomunikasi tengah bandar tidak relevan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Profesor Datuk Dr Sim Kui Hian prihatin dengan aduan rakyat di Stapok.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Tan Kai berkata, Kui Hian menerima aduan masyarakat Stapok yang tidak mahu projek pembinaan menara telekomunikasi di kawasan Dewan Badminton Stapok.

Menurut Tan Kai, penduduk di kawasan Stapok telah mendatangani petisyen tidak membenarkan projek pembinaan menara telekomunikasi di kawasan mereka.

Tan Kai menegaskan, Kui Hian juga Adun Batu Kawah sendiri akan turun padang dan hentikan projek tersebut sekiranya ia tetap dilaksanakan.

Sementara itu, Wong Liong Hing mewakili penduduk Stapok melahirkan rasa tidak senang hati dengan projek pembinaan menara berkenaan.

Liong Hing berkata, tiada keperluan untuk membina menara telekomunikasi di kawasan tersebut kerana rangkaian telekomunikasi sedia ada sudah mencukupi.

“Kawasan Stapok ini terletak di tengah bandar, sudah tentu rangkaian telekomunikasi dalam tahap terbaik.

“Sepatutnya, menara ini dibina di kawasan pedalaman dan luar bandar yang memerlukan rangkaian baik,” tegasnya.

Terdahulu pembantu khas kepada Chong Chien Jien, Christina Chiew Wang See berkata, mereka telah membuat aduan kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk memohon maklum balas.

Tambah Christina, mereka juga ada menghubungi pihak terlibat dengan projek tersebut untuk memohon menghentikan projek.

“Pembinaan menara telekomunikasi di kawasan perumahan terutamanya di kawasan Dewan Badminton Stapok tidak relevan.

“Pihak terlibat harus mendengar suara rakyat dan jangan berbuat sesuatu sesuka hati,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru