ARTIKEL

Bina perumahan mampu milik dan jejambat baharu di Satok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Terdapat keperluan untuk membangunkan kawasan perumahan mampu milik baharu di Dun Satok termasuk melaksanakan Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS).

Adun Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, inisiatif tersebut penting bagi menempatkan penduduk susulan pertumbuhan populasi di kawasan tersebut selain peningkatan kos pemilikan rumah yang melambung sekarang.

“Saya telah mengenal pasti kawasan Sungai Maong dan Segedup untuk membina kawasan perumahan mampu milik.

“Saya mohon agar pelaksanaannya dapat disegerakan demi kepentingan rakyat di kawasan Satok,” katanya dalam ucapan sulungnya sempena Persidangan Hari Ketiga Penggal Pertama DUN Sarawak Ke-19 di sini, semalam.

Menurutnya, kawasan Satok juga telah menyaksikan banyak perubahan. Berasal daripada sebuah kampung biasa kini menjadi kawasan bandar moden di tengah-tengah bandar yang dilengkapi infrastruktur canggih dan sebuah hub ekonomi.

Ketua Whip Adun Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu turut membangkitkan isu kesesakan lalu lintas di kawasannya yang terletak di tengah-tengah bandar dan menjadi perantara bagi kawasan Petra Jaya dan bandar raya Kuching.

“Untuk mengelakkan masalah ini berterusan dengan pembangunan yang pesat dan sebelum masalah ini menjadi kronik, saya mencadangkan agar pihak kerajaan meneliti keperluan bagi membina laluan “underpass” atau jejambat di kawasan-kawasan strategik.

“Pembinaan ini pasti untuk melicinkan saluran dan perjalanan trafik, selari dengan pelan menaik taraf pembangunan di kawasan Satok dan sekitarnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ibrahim turut memberitahu terdapat keperluan modal insan di kawasannya terus dibangunkan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat dan Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU