Bina Rumah Dayak di Mukah

MUKAH: Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Francis Atan menjelaskan SDNU Cawangan Mukah bercadang untuk membina Rumah Dayak Mukah yang bernilai RM5 juta di atas Lot 1049, Block 76 Mukah Land District berdekatan Bangunan Pehin Setia Raja Mukah untuk kegunaan kaum Dayak di sini.

“Dengan terbinanya rumah ini, maka ia akan memudahkan masyarakat Dayak di Mukah untuk bergaul mesra.

“Malah ia juga menjadi destinasi untuk mereka bermesyuarat, kursus, diam sementara serta mengada-kan pelbagai aktiviti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak SDNU Cawangan Mukah di Kingwood Resort di sini baru-baru ini.

Katanya lagi, mulai sekarang SDNU Cawangan Mukah memulakan usaha mengumpul dana.

Selain itu, SDNU juga dalam proses mencari sebidang tanah untuk tapak perkuburan.